Surah Yassin & Al Waqiah

Mak & Ayah selalu pesan, jangan tinggalkan sembahyang dan kalau boleh, banyakkan membaca Al-Quran, sekurang-kurangnya 10 ayat satu hari. Masalahnya, aku ni memang dengar cakap tapi amat lembab dalam perbuatan. Maklumla, kita ni bukannya manusia yang sempurna, selalu lupa (salahkan semut yg selalu dok bertenggek dalam air aku) dan campur sikit wabak malas (yang tah dari mana datangnya).

Tapi aku mencuba jugak sedaya upaya dan ada beberapa ayat yang aku memang tak pernah lupa. Kadang-kadang aku baca masa berjalan, kadang-kadang ms nak tidur, kadang-kadang sebelum nak suap makanan dalam mulut, pernah tu aku tetiba je rasa macam nak baca masa dalam tandas. Melampau la tu. Orang tua macam aku ni korang kena maafkan. Kadang-kadang tak perasan, kat mana kaki aku pijak masa tu.

Doa aku baca (kebanyakkan doa tu semuanya pendek-pendek belaka jer) ialah:

1. Doa Nabi Yunus masa dalam perut ikan : Doa ni memang bagus untuk keluar dari masalah yang korang memang dah tak tahu macamana nak selesaikan.

2. Doa Nabi Yusuf masa dia bagitahu bapak dia yang dia mimpi melihat bulan, bintang, matahari dan semua makhluk bumi sujud kepada dia : Doa ni doa pengasih. Elok dibaca selalu supaya ramai yang sayang.

3. Doa Nabi Zakaria masa dia nak sangat anak: Selain untuk dapat anak, doa ni pon boleh dibaca untuk dapat jodoh.

4. Ayat 31 Surah Ali Imran: Ayat pengasih lagi hehehe

5. Doa Ibu Bapa: Ini aku pukul kau la kalau tak tahu ayat ni.

6. Doa yang kita sebut bila dengar orang mati: Doa ni memang sesuai kalau kita dengar perkara buruk atau sesuatu yang buruk dan tak elok berlaku kepada kita.

Selain tu, aku akan amalkan Yassin. Kalau boleh setiap hari. Banyak khasiat surah ni. Aku akan beria-ia baca surah ni kalau ada suatu benda yang aku nak sangat dari Allah. Ha, masa tu kau akan tengok aku bersungguh-sungguh la membaca surah ni. Insyallah, lepas 44 hari (secara berterusan), korang akan dapat apa yang kau nak. Lepas dapat apa yang dihajati tu, jangan terus lupa plak. Sekurang-kurangnya, malam jumaat baca, yang perempuan pulak, kalau tengah period, boleh baca makna dalam bahasa melayu. Tapi selalunya, kalau aku, dalam 14 hari dah dapat tengok hasilnya. Tengok macamana korang punya niatla.

Hari tu masa balik ke KL dari Langkawi, bapak aku bukakla dia nyer ceramah. Dalam banyak-banyak tu, dia ada sebut pasal Surah Al Waqiah. Surah tentang hari kiamat, dimana ada 2 golongan yang akan diadili. Satu golongan kanan dan satu lagi golongan kiri. Selanjut sila rujuk surah ni dalam Quran ya. Maklumla, ustazah belum khatam lagi.

Surah Al Waqiah ni surah untuk jadi kaya. “Jadi kaya dengan baca surah Al Waqiah jer? Biar betul?” aku tahu soalan jahat ni kau akan ulang beratus-ratus kali dalam kepala kau tuh. Memang betul surah ni untuk buat kau kaya. Sebab Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran”. Hah, tengok Nabi pun dah janji benda ni. Tapi korang kenala usaha, cari lubang-lubang bisnes, tolong orang selalu, banyak bersedekah. Insyallah, Allah akan tolong. Rezeki Allah kat muka bumi ni memang banyak, tak terkira, tunggu kita semua berusaha dan beramal, mesti dapat.

Banyak cara nak baca surah ni. Kalau tak mampu, sekurang-kurangnya baca 1 kali sehari atau 1 kali seminggu. Tapi kena ingat, lagi banyak korang baca dan amal, lagi banyakla Allah akan tolong korang.

Aku selalu baca 3 kali lepas subuh (masa nak pergi kerja dalam kereta, hubby yang jadi pemandu) dan 3 kali lepas Isyak. Insyallah, takkan berlalu setahun tanpa orang yang mengamalkannya menjadi hartawan yang demawan. Alhamdulillah, dah terbukti sikit-sikit. Tapi sebab aku baru je amalkan tak sampai 3 minggu, jangan harapla nak nampak hasil yang besar pulak.

Lepas baca surah ni, jangan lupa baca doa ni (dalam bahasa melayu senang nak ingat):

“Ya Allah, sekiranya rezeki ku berada dilangit, maka turunkanlah ia untukku, sekiranya rezekiku berada dilautan maka timbulkanlah ia untukku, sekiranya rezekiku berada di bumi, keluarkan ia untukku, sekiranya rezekiku sedikit maka banyakkanla ia, sekiranya ia banyak, maka berilah kekuatan untuk aku membelanjakannya, sekiranya ia jauh, maka dekatkkanla ia untukku dan sekiranya ia haram, maka halalkanla ia untukku”

Tak salah nak enjoy dalam hidup ni, bagi aku, dapat buat apa yang aku suka selagi tak menyusahkan diri dan keluarga, aku akan buat tak kira apa orang cakap. Pada aku, hidup sekali jer, bila lagi nak enjoy puas-puas. Cuma, dalam tu, kenalah seimbang. Jangan tinggal rukun Islam yang lima tu.

Bak kata ustaz dalam HotFM tu “…Selamat beramal..”

No comments: